Hafiza's Collection
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Hafiza's Collection

Your online health and beauty product
 
HomePortalGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Panduan Penggunaan - Slimming Set Sendayu Tinggi

Go down 
AuthorMessage
fiza
Admin
fiza


Number of posts : 113
Age : 45
Location : Bt Caves, KL
Registration date : 2007-06-05

Panduan Penggunaan - Slimming Set Sendayu Tinggi Empty
PostSubject: Panduan Penggunaan - Slimming Set Sendayu Tinggi   Panduan Penggunaan - Slimming Set Sendayu Tinggi Icon_minitimeWed Nov 28, 2007 6:54 pm

1. Slimming Set Sendayu Tinggi

Maklumat Terperinci Tentang Cara & Peraturan Pengambilan

CARA PENGAMBILAN

Minggu 1


1001 Lucidum : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Garlic Plus : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.

Pada peringkat awal ini, proses melancarkan peredaran darah berlaku di mana pemecahan lemak, angin dan lendir yang berlebihan sedang bermula. Maka proses untuk menguruskan badan lebih mudah.

Minggu 2 & Seterusnya

1001 Lucidum : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Garlic Plus : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Slimmertique : makan 2 biji kapsul, 3 kali sehari 1/2 jam sebelum makan.

Selepas proses memecahkan dan mengeluarkan lemak berlaku, badan akan mula mengelambir. Pengambilan Slimmertique pada minggu kedua adalah untuk membentuk tubuh dan memejalkan daging bagi mengelakkan badan mengelambir.

Tahap keberkesanan adalah bergantung kepada individu tertentu. Ia meliputi faktor-faktor:
• hormon di dalam badan.
• tahap metabolisme.
• kandungan kolesterol di dalam darah.
• kandungan air di dalam badan.
• jenis kegemukan.
• tahap kesihatan.

Jenis-jenis kegemukan individu ialah:

1. Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

2. Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

3. Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

SIMPTOM AWALAN

Pening kepala
Disebabkan oleb metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ml membantu meningkatkan kembali metabolisme badan.

Mengantuk
Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi. Proses penurunan kolesterol akan menyebabkan tindakbalas mi berlaku untuk 2 hingga 3 hari sahaja.

Najis menjadi hitam
Toksin di dalam badan akan dikeluarkan melalul najis yang menyebabkan najis berubah warna.

PANTANG
x Pengamal perlu mengelakkan diri dari mengambil minuman berais dan bergas.
x Elakkan dan memakan makanan yang berlemak sepenti roti canai, makanan bersantan, nasi lemak, makanan segera seperti piza, ayam goreng dan coklat serta makanan berminyak.
x Minuman yang mengandungi kafein (caffeine) boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Kafein juga merupakan bahan yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan di mana ia boleh merosakkan sistem saraf di dalam badan.
x Makanan dan minuman yang manis dan terlalu banyak gula seperti kuih koci, donat dan teh tarik adalah tidak digalakkan sama sekali.
x Makanan yang lambat hadam seperti daging lembu, daging ayam, daging kambing dan sotong menyukarkan sistem pencennaan. Ia boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses penurunan. Bagi individu yang sememangnya mengalami masalah pembuangan air besar, ia disebabkan oleh usus di dalam perut adalah kecil.

Pantang tidak bertujuan untuk menyekat pemakanan anda seperti diet. Anda boleh mengambil makanan seperti biasa tetapi elakkan dan mengambil makanan yang disebut di atas. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Setiap produk Sendayu Tinggi mengandungi campuran lebih daripada 22 jenis bahan herba. Bahan herba yang dinyatakan dalam katalog ini hanyalah sebahagian daripadanya sahaja. AWAS! Peniruan dan campuran herba yang tidak tepat akan memudaratkan kesihatan anda.

PERHATIAN

• Sekiranya anda mengambil ubatan herba ni, anda tidak memerlukan sebarang makanan kesihatantan tambahan yang lain kerana kandungan herba ini telah memenuhi semua zat yang diperlukan oleh badan dan baik untuk kesihatan.
• Pengguna perlu minum air suam sekerap yang mungkin bagi memudahkan proses mencuci kandungan toksin di dalam badan dan mengelak badan menjadi panas kerana produk Sendayu Tinggi adalah panas.
• Bagi wanita yang datang haid, hentikan pengambilan 1001 Lucidum sahaja. Bagi wanita yang mengandung pula, sila hentikan pengambilan set ini.
• Dengan pengambilan Slimming Set, sesetengah individu akan mengalami tindakbalas harmon seperti datang bulan (haid) cepat atau terlewat. Proses tindakbalas harmon mi tidak mendatangkan sebarang masalah. Ia hanya bersifat sementara dan akan kembali normal.
• Jika lewat datang haid, dapatkan pemeriksaan doktor dan pastikan samada anda hamil atau tidak kerana produk mi tidak boleh diambil oleh wanita yang hamil. Jika didapati tidak hamil tetapi masih juga mengalami masalah kelewatan haid, sila buat pemeriksaan sekali lagi untuk kepastian.
• Remaja perempuan atau lelaki lebih cepat mengalami kadar penurunan berat badan.
• Pada awal pengambilan set ini, darah haid akan berbau dan keluar secara berketul-ketul kerana 1001 Lucidum turut mencuci rahim wanita. Selepas itu, darah haid akan kembali normal.
• Wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur digalakkan mengambil 1001 Lucidum, D’Folia dan Sedu Arrow terlebih dahulu sebelum mengambil Slimming Set. Masalah ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana ia akan menyukarkan penurunan berat badan.
• Individu yang menghidap migrain, gastrik, sakit jantung atau darah tinggi hendaklah mengambil produk ini 15-30 minit selepas makan.
• Pengambilan 15-30 minit sebelum makan adalah lebih baik kerana produk ini aktif ketika perut belum menerima sebarang makanan.
• Anda dinasihati supaya bersabar kerana kadar penurunan berat badan, sama ada cepat atau lambat bergantung pada sistem dalaman, tahap kesihatan dan jenis kegemukan yang dialami oleh individu tersebut.
• Jika dalam tempoh 3 bulan masih belum mengalami sebarang penurunan, tambah dos Garlic Plus dari 2 kapsul kepada 3 kapsul. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menanggung nisiko jika pengguna ingin mencubanya.
• Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan Slimming Set. Tetapi dilarang sama sekali mengambil 1001 Lucidum pada dos yang berlebihan seperti yang telah disarankan.
• Setelah memperolehi berat badan yang ideal bolehlah menghentikan pengambilan Slimming Set dan untuk mengekalkannya, boleh amalkan Slimmertique sahaja.
• Wanita yang dalam pantang tidak dibenarkan mengambil Slimming Set. Hanya dibenarkan mengambilnya selepas 3 bulan bagi mereka yang tidak menyusukan bayi manakala 4 bulan (bagi mereka yang menyusukan bayi).
• Pengambilan Slimming Set 1/2 jam selepas makan akan melambatkan proses penurunan namun dos ini sesuai diterima oleh penghidap penyakit.
• Bagi anda yang mengambil ubat doktor sila jarakan waktu pengambilan ubatan herba antara 1/2 jam atau 1 jam.

CARA PEMAKANAN SEIMBANG YANG DISARANKAN

Sarapan Pagi : 1 keping roti berserat tinggi. Minum susu berkalsium tinggi.

Makan Tengahari & Malam : Bubur nasi berlauk atau satu cawan nasi bersama satu cawan sayur, satu ekor/keping ikan, sekeping tauhu atau tempe. Amalkan memakan sayur kekacang.
Back to top Go down
https://hafizacollection.forumotion.com
 
Panduan Penggunaan - Slimming Set Sendayu Tinggi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Hafiza's Collection :: Produk Kecantikan dan Kesihatan :: Sendayu Tinggi-
Jump to: